Sunday 1 September 2013

Cara Membuat Resume dan Contoh Resume

Apa itu resume?resume merupakan ringkasan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Setiap pekerjaan menginginkan resume untuk melihat kelayakan anda untuk bekerja. Bagaimanakah cara untuk membuat resume?  Diakhir penulisan saya sertakan contoh format resume kepada anda.

Apa yang perlu ada dalam resume?
1.    Gambar pasport

2.    Nama penuh
Cth:
ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHIM

3.    Alamat tetap, no telefon dan alamat emel
Cth:    
No 38, Lorong Pelindung Jaya 38,
Beserah 26100, Kuantan, Pahang
No Telefon: 01X-XXXXXXX

4.    Objektif anda bekerja
Cth:
Untuk menjadikan pekerja yang progresif dan inovatif dalam suasana pekerjaan dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada.

5.    Maklumat peribadi
Cth:
No IC              : _________                Tarikh Lahir    : _________   
Warganegara  : _________               Tempat Lahir  : _________   
Bangsa           : _________               Agama             : _________   
Status             : Bujang/Berkahwin    Jantina            : _________   
           
6.    Latar belakang pendidikan
20XX-20XX    Sekolah Menengah ___________(Nama sekolah)
                                   Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
                                   Gred: ______________________
           
            20XX-20XX    Universiti _____________ (nama universiti)           
Diploma _____________
                                   CGPA: _____________

7.    Pengalaman kerja
Cth:
Tahun                                     Nama syarikat - Jawatan
Jun 20XX – Julai 20XX         Syarikat XXX – Jurutera

8.    Kemahiran @ skil (bahasa)
Cth:
·         Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
·         Mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Perancis

9.    Kemahiran @skil (perisian) atau (bakat)
Cth:
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office.

10.  Aktiviti
Cth:
Tahun             Jawatan yg disandang, Nama persatuan dan Nama sekolah
2008               Pengerusi, Kelab Kembara Sekolah Menengah _________

11.  Anugerah
Cth:
Anugerah Dekan Universiti......... (20XX)

12.  Rujukan
Biasanya rujukan ada 2
Cth:
Nama Pensyarah/Bos/Penyelia                 Nama Pensyarah/Bos/Penyelia
Jawatan                                                         Jawatan                     
Alamat                                                            Alamat                                              
Tel. No (Off.): _________                             Tel. No (Off.): _________    
Tel. No (H/P): _________                             Tel. No (H/P): _________ 

No comments:

Post a Comment